BIRMINGHAM: Manchester City akhirnya merasai kekalahan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila tumbang 1-2 kepada Aston Villa, sekali gus menamatkan rekod sempurna selepas tujuh kemenangan berturut-turut.
Dua jaringan Nicolas Jackson memastikan Villa meraih tiga mata berharga di Villa Park, sekali gus meneruskan dominasi mereka ke atas juara itu dengan kemenangan kelima dalam tujuh pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.
Beraksi di laman sendiri, Villa membuka tirai jaringan menerusi Jackson yang menghukum kesilapan pertahanan City, Marc Guehi, selepas menerima umpanan kapten, John McGinn.
Penyerang itu memperdaya kawalan Elliot Anderson sebelum melepaskan rembatan kencang ke penjuru atas gawang yang dikawal Gianluigi Donnarumma untuk meletakkan tuan rumah di depan.









