PETALING JAYA – Malaysia dan India memberi tumpuan kepada kerjasama industri semikonduktor, termasuk pembangunan bakat, pertukaran kepakaran dan peluang pelaburan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu antara dibincangkan semasa beliau menerima kunjungan Menteri Kewangan, Pembangunan Bandar dan Perumahan Bandar Kerajaan Gujarat, Shri Kanubhai Desai bersama delegasi beliau.

“Pertemuan ini membuka ruang untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan India, khususnya Gujarat.

“Keupayaan Malaysia dalam pemasangan, pengujian dan pembungkusan semikonduktor dapat melengkapi kekuatan India dalam reka bentuk cip serta kejuruteraan, sekali gus memperkukuh rantaian nilai kedua-dua negara,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.