GEORGETOWN: Kematian seorang doktor berusia 73 tahun dalam kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai di sini semalam disahkan akibat 'blunt-force trauma' atau kecederaan disebabkan hentaman, pelanggaran atau pukulan oleh objek tumpul, selain kesukaran bernafas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, perkara itu disahkan berdasarkan hasil bedah siasat.

"Dapatan menunjukkan mangsa mengalami 'blunt-force trauma' dan kesukaran bernafas selepas dihempap ​​tanah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam kejadian itu, sebahagian tubuh Dr Wong Kar Lin, 73, ditemukan tertimbus, selepas tanah runtuh menyebabkan dinding rumahnya runtuh dan menghempap ​​beliau.