MANCHESTER: Gary Neville melancarkan serangan pedas terhadap barisan pemain Manchester United dengan mendakwa mereka 'memperdaya' pengurus, Michael Carrick, selain menyifatkan sikap sesetengah pemain sebagai "tidak profesional."

Kekalahan memalukan 0-3 di tangan Bournemouth di Old Trafford pada Ahad menyusuli episod duka tewas 1-4 di Como, sekali gus memberi bayangan penamat kepada era pengurusan Carrick di kelab itu.

Carrick, 45, tetap menerima sambutan hangat daripada penyokong di Stretford End meskipun pasukannya tewas sekali lagi, manakala penyokong di gelanggang sendiri bertindak melontarkan cemuhan ke atas skuad kendaliannya ketika mereka meninggalkan padang.

Neville sependapat dengan kemarahan penyokong dengan menegaskan bahawa beliau 'tidak bersimpati langsung dengan pemain' sambil mendakwa ada dalam kalangan mereka yang tidak menjaga pemakanan serta disiplin masa tidur.