MANCHESTER United berdepan krisis kepercayaan yang semakin meruncing apabila bekas kapten kelab itu, Gary Neville mendakwa sebahagian pemain sudah berpaling tadah terhadap pengendali Michael Carrick, susulan kekalahan memalukan 0-3 kepada Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford pada Ahad.Neville turut mempersoalkan tahap profesionalisme pemain yang didakwanya gagal memberikan komitmen sewajarnya, sekali gus memberi gambaran masalah yang membelenggu kelab itu jauh lebih besar daripada prestasi seorang pengurus."Ini satu persembahan yang teruk, langsung tidak menunjukkan apa-apa. Kita melihat corak sama apabila pemain hilang tumpuan dan seolah-olah tidak lagi berusaha," katanya.Bekas pertahanan England itu menyifatkan Carrick sebagai individu berintegriti dan profesional tetapi bimbang pengendali berkenaan terpaksa menanggung akibat kelemahan yang turut berpunca daripada sikap pemain."Dia seorang yang mempunyai integriti, kredibiliti, kesopanan dan profesionalisme. Semua perkara itu tidak kelihatan dalam kumpulan pemain di bilik persalinan berkenaan."Dia akan menanggung akibatnya kerana gagal mendapatkan prestasi terbaik daripada mereka. Keadaan ini sudah terlalu berat untuknya sejak beberapa bulan kebelakangan ini."Mereka sudah berpaling tadah terhadapnya," katanya.Neville turut mengaitkan kemelut itu dengan tindakan kapten Bruno Fernandes yang mengkritik pendekatan taktikal Carrick secara terbuka selepas kekalahan 1-4 kepada Como dalam saingan Liga Juara-Juara.Fernandes kemudian tidak diturunkan ketika menentang Bournemouth, manakala pertahanan Lisandro Martinez hanya dimasukkan pada babak kedua selepas sebelum itu turut mengkritik pengurusan kelab.Bagi Neville, tindakan pemain bersuara secara terbuka menggambarkan kemungkinan wujudnya masalah lebih mendalam dalam bilik persalinan, terutama apabila kapten pasukan sendiri mempertikaikan pendekatan pengurus."Jika kapten anda sendiri sudah berbuat demikian secara terbuka, bayangkan apa yang diperkatakan di bilik persalinan apabila tiada orang lain mendengar. Itu sesuatu yang membimbangkan," katanya.Beliau turut mempersoalkan disiplin harian sebahagian pemain, termasuk corak tidur, pemakanan dan kesungguhan mereka memberikan sepenuh perhatian kepada bola sepak."Ada antara mereka yang tidak cukup profesional. Mereka tidak menjaga waktu tidur, tidak makan dengan betul dan tidak menghayati tanggungjawab sebagai pemain Manchester United seperti yang sepatutnya."Populariti sudah naik ke kepala mereka. Ada antara pemain ini yang langsung tidak menunjukkan nilai sebenar sebagai pemain profesional," katanya.Namun, Neville menegaskan tanggungjawab terhadap kemerosotan United tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada Carrick kerana pihak pengurusan turut memainkan peranan dalam menentukan hala tuju kelab.United kini berdepan kemungkinan mengulangi kitaran lama apabila pengurus menjadi mangsa sedangkan keputusan pengurusan yang membawa kepada kemerosotan pasukan tidak menerima pen