SEREMBAN - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Kompleks Perumahan Penjawat Awam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 15 Oktober lepas.Mohd Khairudin Safi’ai, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Mohd Khairudin didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim, 35, di sebuah rumah di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira 7 petang, 15 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi mendapatkan laporan bedah siasat. - Bernama
Pegawai AKPS maut: Suami berdepan pertuduhan bunuh

Key takeaways
Seorang lelaki didakwa membunuh isterinya yang merupakan pegawai AKPS di KLIA pada 15 Oktober.
- Mohd Khairudin Safi'ai didakwa di Mahkamah Majistret atas pembunuhan isterinya.
- Norhazwani Ibrahim, 35, dibunuh di rumahnya di Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Polis sahkan pegawai AKPS maut ditikam suami
- Free Malaysia Today Pegawai AKPS maut ditikam suami akibat perselisihan rumah tangga
- Sinar Harian Pegawai AKPS maut: Suami berdepan pertuduhan bunuh (this story)







