KUALA LUMPUR – Persatuan Pusat Perusahaan Ikan Malaysia (PPPIM) mencadangkan kerajaan mempertimbangkan harga diesel bersubsidi pada kadar RM3 seliter bagi kapal nelayan laut dalam kategori C2 bagi mengurangkan tekanan kos operasi pengusaha.Pengerusinya, Sing Kian Hock berkata, kenaikan harga diesel memberi tekanan besar kepada pengusaha kapal C2 yang memerlukan penggunaan bahan api tinggi untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut.Menurutnya, kerajaan boleh menanggung perbezaan harga sekiranya harga diesel melebihi RM3 seliter menerusi mekanisme subsidi bersesuaian, tertakluk kepada kelayakan pengusaha."Sekiranya harga diesel melebihi kadar tersebut, kerajaan boleh meneliti kemungkinan menanggung perbezaan harga melalui mekanisme subsidi yang bersesuaian," katanya dalam kenyataan.Ujar Kian Hock, cadangan itu bertujuan membantu pengusaha mengawal kos operasi dan membolehkan mereka meneruskan aktiviti penangkapan ikan secara lebih mampan.Selain mekanisme jaminan harga diesel, beliau itu turut mengemukakan dua cadangan bantuan alternatif untuk pertimbangan kerajaan termasuklah pelaksanaan subsidi berperingkat berdasarkan jumlah hasil tangkapan dengan mengambil kira penggunaan diesel serta kos perjalanan setiap kapal."Melalui pendekatan ini, kerajaan boleh menilai tahap bantuan berdasarkan keperluan sebenar operasi, dengan mengambil kira jumlah hasil tangkapan, penggunaan diesel serta kos perjalanan setiap kapal," jelasnya.Sebagai pilihan tambahan, beliau berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan bantuan tetap berdasarkan bilangan pelayaran yang disahkan atau elaun bulanan bagi kapal C2 yang memenuhi syarat kelayakan."Pelaksanaan bantuan ini boleh mengambil kira rekod pelayaran, tempoh berada di laut dan keperluan operasi sebenar, supaya pengusaha yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan turut menerima bantuan yang bersesuaian."Persatuan berpandangan bahawa ketiga-tiga mekanisme ini boleh dikaji secara berasingan atau digabungkan mengikut kesesuaian dasar, kemampuan kewangan kerajaan dan keperluan sektor perikanan laut dalam negara," katanya.Tegas Kian Hock, cadangan yang dikemukakan membantu kerajaan mencari penyelesaian yang praktikal dan seimbang demi kepentingan industri perikanan serta rakyat secara keseluruhan."Sekiranya kos operasi terus meningkat tanpa mekanisme bantuan yang bersesuaian, lebih banyak pengusaha mungkin menghadapi kesukaran untuk meneruskan operasi, sekali gus berpotensi menjejaskan bekalan ikan tempatan dan meningkatkan tekanan terhadap harga ikan di pasaran."Persatuan percaya bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan pemain industri amat penting untuk memastikan sektor perikanan laut dalam terus berdaya maju, bekalan ikan negara terjamin dan kebajikan nelayan sentiasa diberikan perhatian," jelas beliau.
PPPIM cadang diesel kapal C2 pada RM3 seliter

Key takeaways
PPPIM cadangkan harga diesel bagi kapal C2 pada RM3 seliter untuk kurangkan tekanan kos operasi nelayan.
- PPPIM cadangkan subsidi diesel RM3 seliter untuk kapal C2.
- Kerajaan boleh tanggung beza harga jika melebihi RM3 melalui subsidi.
- Cadangan lain termasuk subsidi berperingkat berdasarkan hasil tangkapan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PPPIM cadang tiga mekanisme subsidi diesel untuk nelayan C2
- Sinar Harian PPPIM cadang diesel kapal C2 pada RM3 seliter (this story)









