BUKIT MERTAJAM: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, sedia menarik diri daripada mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini, jika kes mahkamah dihadapinya di sini menjejaskan peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata, pendirian itu dinyatakan secara terbuka kepada Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tegas Dr Akmal, peluang BN dan UMNO untuk menang serta keupayaan parti berkhidmat kepada rakyat perlu diutamakan berbanding cita-cita peribadinya.
"Jika kes ini menjadi sesuatu yang boleh mencemarkan nama parti, saya sudah berterus terang kepada Presiden UMNO bahawa saya sanggup tidak bertanding jika dianggap beban kepada peluang parti untuk menang," katanya.









