KUALA LUMPUR: Meskipun sudah 21 tahun tinggal di Malaysia dan berkahwin dengan wanita tempatan, penyanyi, komposer dan penulis lirik, Adi Priyo, 43, mengakui belum memiliki status penduduk tetap (PR).
Adi atau nama sebenar, Adi Priyo Sambodo, 43, yang berasal dari Jamber, Indonesia berkata, ini berikutan dia masih belum membuat permohonan dan perkara itu sedang dalam perancangan masa depan.
Menurutnya, kedatangannya ke Malaysia pada 2005 sebelum ini lebih kepada mengejar impian dalam dunia muzik yang sangat diminatinya.
"Saya sudah menetap di Malaysia kira-kira 21 tahun sejak 2005. Alhamdulillah, saya berjaya mencapai cita-cita dalam karier muzik bersama 6ixth Sense, kemudian berkahwin dan berkeluarga.









