Kuala Lumpur: Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mengakui perubahan taktikal yang dilakukan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto menyukarkan mereka meneruskan momentum kemenangan pada set kedua, sekali gus terpaksa akur tewas kepada pilihan pertama kejohanan pada final Terbuka Perancis, semalam.
Bagi Thinaah, aksi pada set kedua pada awalnya berlangsung sengit, namun selepas terikat 7-7, Fukushima-Matsumoto berjaya mengubah corak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan, sekali gus membolehkan gandingan Jepun itu melebarkan jurang mata.
"Saya rasa pada set kedua, lawan mengubah sedikit strategi mereka dan turut memberikan banyak tekanan kepada kami, terutama pada awal permainan.









