Kuala Lumpur: Kadar penangguhan haji berkurangan 18 peratus selepas Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan syarat simpanan RM15,000 untuk menerima tawaran haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata, sebelum ini terdapat lebih 50 peratus bakal jemaah haji memohon penangguhan giliran untuk menunaikan ibadah berkenaan, sekali gus menunjukkan ramai dalam kalangan mereka belum membuat persediaan kewangan secukupnya.
"Keadaan itu menjejaskan kecekapan pengurusan giliran haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) apabila tawaran gantian terpaksa dibuat berulang-kali dalam tempoh singkat.
"Apabila TH menetapkan syarat simpanan RM15,000 untuk menerima tawaran haji dan membuat peringatan awal, kini kadar penangguhan berjaya dikurangkan secara mendadak kepada 18 peratus.






