KUALA LUMPUR: Setelah meraih perak di Hangzhou 2022 dan gangsa di Aichi-Nagoya 2026, atlet lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi kini mengalihkan tumpuan kepada usaha memperkemas teknik lontaran dalam misi memburu tiket ke Sukan Paralimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Meskipun pencapaiannya di Aichi-Nagoya tidak seperti diharapkan, Mohamad Aliff tetap mempunyai sebab untuk tersenyum apabila catatan 14.45 meter (m) membolehkannya bukan sahaja menaiki podium, malah memperbaharu rekod peribadi selepas baru pulih daripada kecederaan.

Atlet itu berkata pencapaian berkenaan memberi suntikan motivasi untuk terus meningkatkan kemampuan, dengan aspek teknik menjadi fokus utama kerana prestasinya ketika latihan masih belum dapat diterjemahkan sepenuhnya dalam pertandingan.