Kuala Lumpur: Usia muda dan status sebagai mahasiswa yang terikat dengan komitmen pengajian sepenuh masa di kampus bukan halangan untuk pemuda ini bergiat aktif dalam dunia politik.

Sebaliknya, Meor Fazry Meor Asri, 22, atau Fazry baru mendaftar sebagai calon dalam Pilihan Raya Parlimen Belia Malaysia 2026 menerusi tiket Parti Mandat Belia (MANDAT).

Manifestonya adalah membawa suara belia khususnya dari negeri kelahirannya, Perak ke peringkat lebih tinggi.

Menyingkap perjalanannya, Fazry berkata, dia mendapat pendedahan mengenai politik sejak di bangku sekolah iaitu ketika berumur lapan tahun dan banyak dipengaruhi oleh ibu bapanya.