Key takeaways
Menteri Datuk Mustapha Sakmud menjelaskan bahawa status MA63 akan diputuskan bersama oleh kerajaan Pusat, Sabah dan Sarawak, bukan secara unilateral. Beliau turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas untuk menangani isu satu pertiga kerusi Parlimen.
- Beberapa Ahli Parlimen menggesa penjelasan mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semasa perbahasan perbelanjaan.
- Mustapha menyatakan bahawa 12 perkara MA63 telah selesai diselesaikan oleh Kerajaan MADANI berbanding empat sebelum ini.
- Cadangan dibuat untuk menubuhkan jawatankuasa khas di bawah jawatankuasa teknikal bagi isu satu pertiga kerusi Parlimen.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 hangat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud terus diasak mengenai status pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketika menggulung perbahasannya, beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan (GRS - Keningau), Datuk Willie Mongin (GPS - Puncak Borneo), Datuk Ewon Benedick (GRS -Penampang) dan Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN - Kinabatangan) bangkit mencelah meminta penjelasan berhubung MA63.
Mustapha kemudian menjelaskan bahawa MA63 akan diputuskan oleh kerajaan Pusat bersama kerajaan Sabah serta Sarawak.
Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan bersama dan ia bukan keputusan oleh Kerajaan Pusat.