KUALA LUMPUR: Sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 hangat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud diasak mengenai status pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketika menggulung perbahasannya, beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan (GRS - Keningau), Datuk Willie Mongin (GPS - Puncak Borneo), Datuk Ewon Benedick (GRS -Penampang) dan Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN - Kinabatangan) bangkit mencelah meminta penjelasan berhubung MA63.

Mustapha kemudian menjelaskan bahawa MA63 akan diputuskan oleh kerajaan Pusat bersama kerajaan Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan bersama dan ia bukan keputusan oleh Kerajaan Pusat.