Butterworth: Seorang lelaki tempatan bersama dua lelaki warga Myanmar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan berurusan dengan minyak masak subsidi secara borong atau runcit tanpa lesen sah.
Tertuduh, T Paranthaman, 61, serta Sa Dar, 37, dan Tun Lwin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berurusan dengan barang kawalan tanpa memiliki lesen yang sah di stor tidak bernombor di Kampung Sanglang, Nibong Tebal di sini.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Preeya Darrsini dengan dibantu Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Nur Imani Adnan serta Muhammad Nizam Amir.









