Kepong : Penyanyi Maman Teacher's Pet, tidak menyangka kembali bertemu jodoh selepas kematian isteri kedua, Faizah Mohamed Amin, 56, atau Fayza yang meninggal dunia akibat kanser ovari pada September 2024.
Maman atau nama sebenar Rosman Lamri, 58, memaklumkan kini berkahwin dengan Wahayu Wahab, 50, yang juga pengurusnya pada 17 September lalu selepas berkenalan pada Julai 2025.
"Saya tak tahulah macam mana nak cakap kerana ini Allah punya kuasa. Setahun juga saya tak keluar rumah, jaga anak angkat di rumah. Memang mencabarlah. Kita kena lalui kehidupan ini.
"Alhamdulillah... saya tahajud minta pada Allah tolonglah dan bersyukur Allah hantar orang untuk jaga anak saya ini (anak angkat Fayzahasil perkahwinan terdahulu)," katanya.









