KUALA LUMPUR – Isu pemberian peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen boleh dibincangkan di peringkat Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) bagi menentukan hala tuju pelaksanaannya.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, kerajaan menyerahkan kepada MPP untuk membincangkan perkara dasar berkenaan.Kata beliau, perbincangan di peringkat majlis itu juga boleh merangkumi isu berkaitan undang-undang antilompat parti dan usul undi tidak percaya yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat."Tugas dan tanggungjawab menentukan hala tuju ahli-ahli Parlimen dalam isu-isu di dewan diberikan kepada MPP."Maknanya isunya MPP yang akan menentukan, saya telah menyebut dalam sesi penerangan menteri (bahawa pihak) eksekutif angkat tangan (tidak masuk campur)," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Isnin.Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta penjelasan mengenai pendirian kerajaan terhadap ketiga-tiga isu berkenaan.Parlimen Malaysia sebelum ini dilapor diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab MPP susulan penguatkuasaan majlis itu, sekali gus menamatkan bidang kuasa pihak eksekutif terhadap institusi berkenaan.Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pula dilapor berkata, MPP yang bakal bertindak sebagai badan induk mengawasi autonomi pentadbiran Parlimen Malaysia dijangka beroperasi sepenuhnya Disember ini.Katanya, MPP antaranya akan menguruskan skim perkhidmatan, laluan kerjaya dan pentadbiran pegawai Parlimen serta mengawasi apa juga yang termaktub dalam Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang bangun mencelah pula mencadangkan setiap ahli Parlimen diberikan peruntukan sekurang-kurangnya RM400,000 setahun bagi menampung gaji kakitangan, sewa pejabat dan bil utiliti.Beliau juga mengesyorkan supaya dana berkenaan diuruskan oleh Parlimen, sekali gus membangkitkan persoalan mengenai mekanisme penyaluran peruntukan yang ketika ini berada di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.Menjawab mengenai saranan tersebut, Azalina berkata, MPP boleh mempertimbangkannya namun sebarang perubahan terhadap pengurusan dan penyaluran peruntukan berkenaan memerlukan masa untuk dilaksanakan.Jelasnya, MPP dijangka dapat beroperasi sepenuhnya selepas dua wakil Dewan Negara dipilih pada awal Disember depan bagi melengkapkan keanggotaan majlis berkenaan.ENDS
Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh bincang peruntukan sama rata ahli Parlimen – Azalina

Key takeaways
Menteri Azalina Othman Said menyatakan bahawa isu peruntukan sama rata untuk ahli Parlimen boleh dibincangkan di Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dengan pihak eksekutif tidak akan campur tangan.
- MPP akan menentukan hala tuju dasar termasuk isu peruntukan, undang-undang antilompat parti, dan undi tidak percaya.
- Pihak eksekutif menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab pentadbiran Parlimen kepada MPP.
- MPP dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember ini sebagai badan induk autonomi Parlimen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Majlis Perkhidmatan Parlimen boleh bincang peruntukan sama rata ahli Parlimen – Azalina (this story)








