KANGAR - Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak perempuan, Ogos lepas.Annuar Abdullah, 72, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Jalan Utama, di sini pada jam 6.30 petang, 11 Ogos.Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di tempat, masa dan tarikh yang sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan.Lelaki itu juga diperintahkan supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan mahkamah menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian. - Bernama
Pesara kerajaan didakwa lakukan amang seksual dua kanak-kanak

Key takeaways
Seorang pesara kerajaan didakwa melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di Kangar pada Ogos lepas.
- Annuar Abdullah, 72, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan terhadap dua kanak-kanak perempuan.
- Dia didakwa mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Kanun Keseksaan.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dan syarat melaporkan diri di balai polis setiap bulan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Guru tuisyen lakukan amang seksual disambung reman
- Utusan Malaysia Guru tuisyen didakwa lakukan amang seksual terhadap tiga murid
- Sinar Harian Pesara kerajaan didakwa lakukan amang seksual dua kanak-kanak (this story)
- Free Malaysia Today Pesara didakwa amang seksual, buat kekerasan jenayah terhadap 2 kanak-kanak








