Tertuduh, Annuar Abdullah, 72, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak perempuan, Ogos lepas (Gambar fail)KANGAR: Seorang pesara kerajaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan kekerasan jenayah terhadap dua kanak-kanak perempuan, Ogos lepas.

Annuar Abdullah, 72, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah di Jalan Utama, di sini pada 6.30 petang, 11 Ogos.