CEO SIC Azhan Shafriman Hanif Azhan Shafriman berkata, kajian itu akan beri penekanan terhadap impak ekonomi penganjuran F1, selain nilai tahap kesiapsiagaan negara. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang menyediakan kajian kebolehlaksanaan bagi membawa kembali perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Malaysia untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC Azhan Shafriman Hanif berkata, SIC kini mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan, agensi berkaitan serta pemain industri bagi mendapatkan maklumat dan data yang tepat untuk dimasukkan dalam kajian itu.

Hasil kajian itu, katanya, akan menjadi antara asas pertimbangan kerajaan sebelum membuat keputusan mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan berprestij tersebut.