KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) kini memberi tumpuan kepada kejayaan di pentas Asia kerana mereka 'jauh mendahului' pencabar domestik seperti Selangor, kata Ketua Pegawai Operasi (COO), Alistair Edwards.

Bekas pemain Australia itu berkata, Harimau Selatan sedang membentuk semula landskap bola sepak Asia Tenggara ketika ditanya mengenai tahap JDT berbanding kelab tempatan lain.

"Secara amnya, kami boleh dikatakan jauh mendahului," kata Edwards kepada pencipta kandungan dari Britain, Emmanuel Brown.

"Sebab itulah kami mencatat rekod tanpa kalah. Sebab itu saya sukakan Liga Juara-Juara Asia (ACLE) dan Piala Shopee (Kejohanan Kelab ASEAN), kerana anda bermain menentang pasukan terbaik Asia," katanya lagi.