SHAH ALAM – Pas mempersoalkan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP, mengumumkan penyerahan bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di Melaka ketika pelancaran jentera pilihan raya PH di Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober lalu.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, bantuan kepada pemandu teksi sememangnya wajar diberikan, namun beliau mempersoalkan keperluan membawa urusan berkenaan ke pentas kempen parti.Menurutnya, bantuan itu bukan menggunakan wang DAP, PH atau wang peribadi Anthony Loke, sebaliknya diperuntukkan kerajaan menggunakan wang negara."Kerajaan menyediakan RM53 juta untuk kira-kira 53,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah, yang dikaitkan dengan kutipan RM91.2 juta daripada bidaan nombor pendaftaran khas siri H," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.Bantuan itu juga sudah diumumkan dalam Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu.Sehubungan itu, Ahmad Fadhli mempersoalkan tujuan bantuan berkenaan sekali lagi dibangkitkan di pentas PH, sama ada untuk memaklumkan jadual penyerahan atau menimbulkan tanggapan bahawa wang itu datang daripada parti.Beliau turut membangkitkan tindakan Anthony melancarkan Program Kampung Angkat Madani Agensi Pengangkutan Awam Darat di Chennah, Negeri Sembilan, pada 12 Julai lalu, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 5 Jun.Program itu membabitkan peruntukan RM500,000."Pada 16 Julai pula, sebanyak RM100,000 diumumkan untuk Kampung Bukit Temiang, termasuk RM50,000 daripada Perbadanan Aset Keretapi dan RM50,000 daripada peruntukan Anthony sebagai Ahli Parlimen Seremban," katanya.Ahmad Fadhli berkata, semua perkembangan itu berlaku ketika negeri berkenaan sedang bersiap menghadapi pilihan raya, walaupun kempen rasmi belum bermula.Menurutnya, Anthony sebelum ini menjelaskan program berkenaan sudah dirancang lebih awal.Bagaimanapun, katanya, Anthony sendiri bertanding di Chennah dan akhirnya tewas kepada calon MCA, Siow Kong Choon, dengan majoriti 688 undi."Kekalahan itu tidak membuktikan berlakunya salah guna kuasa, namun pengalaman berkenaan sepatutnya menjadi peringatan supaya beliau lebih berhati-hati memisahkan urusan kerajaan daripada urusan parti," menurut Ahmad Fadhli.Di Melaka, beliau berkata, Anthony pada 17 Oktober lalu sudah menjelaskan baki penerima bantuan akan menerima wang melalui pindahan terus ke akaun bank masing-masing.Majlis penyerahan secara fizikal juga sudah diadakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.Justeru, Ahmad Fadhli mempersoalkan sama ada majlis penyerahan di Melaka pada 26 Oktober itu sudah ditetapkan dalam jadual asal atau diputuskan kemudian, selain meminta penjelasan mengenai pihak yang meluluskannya.Beliau turut mempersoalkan mengapa pengumuman mengenai penyerahan bantuan itu dibuat di pentas pelancaran jentera PH.Ahmad Fadhli menegaskan, pihaknya tidak mempertikaikan bantuan kepada rakyat, sebaliknya mahu mengetahui sebab urusan kerajaan dibawa ke pentas politik.Beliau berkata, sekiranya semua
Duit rakyat bukan tabung kempen DAP – Ahmad Fadhli

Key takeaways
Ahmad Fadhli mempersoalkan pengumuman bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi di pentas kempen PH, menyatakan wang tersebut dari kerajaan, bukan DAP.
- Bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi berasal dari kerajaan, bukan dana DAP atau PH.
- Ahmad Fadhli mempertikaikan penggunaan pentas kempen untuk mengumumkan bantuan tersebut.
- Anthony Loke mengumumkan bantuan dari peruntukan kerajaan dan peribadinya di beberapa kawasan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Ayer Keroh bukan kerusi selamat DAP sejak dulu lagi, kata Kerk
- Sinar Harian Duit rakyat bukan tabung kempen DAP – Ahmad Fadhli (this story)








