PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menjawab sindiran Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd. Sany Hamzan berhubung kenyataan yang memperlekehkan tindakannya menjual ikan.

Dr. Muhamad Akmal menerusi hantaran Facebook berkata, jualan tersebut menggunakan ikan ternakannya sendiri serta tidak melibatkan satu sen daripada duit rakyat.

“Nak memperlekehkan orang jual ikan ikut kamu lah wahai Sany. Sekurang-kurangnya saya jual ikan milik saya dan guna duit saya sendiri tanpa satu sen duit rakyat saya gunakan.

“Kawan-kawan DAP kamu minta sumbangan rakyat untuk bayar saman kamu diam membisu. Malah ada yang jual seluar da