Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari menafikan spekulasi dirinya hamil susulan penampilannya yang mencetuskan perhatian pengguna media sosial.

Bunga atau lebih mesra disapa BCL, 43, menjelaskan keadaan perutnya yang kelihatan sedikit membuncit bukan petanda kehamilan, sebaliknya perkara biasa yang dialaminya ketika datang bulan.

Menerusi perkongsian di Threads, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut menjelaskan sudut rakam kamera boleh mempengaruhi penampilan fizikal seseorang, sekali gus menyebabkan perutnya kelihatan lebih besar daripada keadaan sebenar.

"Untuk makluman, saya tidak hamil. Saya hanyalah manusia biasa berusia 43 tahun yang mengalami kembung perut ketika datang bulan.