Kuala Lumpur: Selangor FC perlu memperkemas persiapan dan memperkukuh mental pemain menjelang aksi timbal balik separuh akhir Piala FA di gelanggang Kuching City FC pada 8 November depan selepas membawa bekalan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.
Ketua jurulatih Selangor FC, Kim Pan-gon berkata, beliau menyedari pasukannya bakal berdepan tugas sukar di tempat lawan kerana perlu beraksi di hadapan penyokong setia Kuching City yang mampu memberikan kelebihan kepada tuan rumah.
Justeru, setiap pemain perlu lebih fokus bagi memastikan kelebihan yang dimiliki dapat membantu mereka merealisasikan misi ke final pada edisi kali ini.










