SELEPAS tular video Syed Saddiq mendukung Bella Astillah pada majlis resepsi mereka di ibu negara baru-baru ini, ramai yang mula menjadikannya sebagai trend dalam media sosial.

Lucunya, trend didukung pasangan itu turut dilakukan Didie Alias yang dimuat naik dalam akaun media sosial baru-baru ini.

“POV: Kau nak merasa jadi BASS tetapi bila dah buat, macam angkat bas,” seloroh Didie.

Gelagat lucu Didie didukung suaminya, Norisham Ismail itu mencuit hati ramai.