PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menepis dakwaan segelintir netizen bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

Bunga Citra Lestari, 43, tampil membuat kenyataan tersebut selepas segelintir pengguna media sosial mula menyebar khabar angin mengenai bentuk fizikalnya yang dikatakan semakin berisi kerana hamil.

“Dengar khabar ada akaun yang mendakwa saya berbadan dua. Sekadar makluman, saya tidak hamil.

“Saya hanyalah manusia biasa berusia 43 tahun yang mana saat datang bulan, perut akan menjadi kembung,” katanya dalam satu hantaran Threads.