PETALING JAYA – Kesesakan aliran trafik di Lebuh Raya Persekutuan, di sini, berpunca daripada kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
“Berdasarkan semakan, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan sahaja dan tidak melibatkan kenderaan lain. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan,” katanya ringkas sebentar tadi.
Beliau berkata, pemandu lelaki berusia 20-an terbabit juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.










