KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan Majlis Perkhidmatan Parlimen adalah sebuah institusi yang berkhidmat untuk seluruh Parlimen dan bukan milik kerajaan.

Beliau menjelaskan matlamat penubuhan majlis itu adalah untuk memberikan Parlimen keupayaan institusi untuk mengurus pentadbiran sendiri dengan cekap, profesional dan berintegriti.

"Atas semangat itu, kerajaan bersetuju supaya dua wakil pembangkang turut menganggotai majlis ini, sebagaimana dipersetujui ketika akta ini dibahaskan pada Mac 2025.

"Inilah semangat reformasi yang ingin kita bina, apabila membabitkan kepentingan institusi Parlimen, perbezaan politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kerjasama.