KUALA LUMPUR - Seorang pramugara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penyelia penyelenggaraan dan mencederakan seorang lagi pekerja, Sabtu lalu.Tertuduh, Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin, 26, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu kereta jenis Ford Focus Sport dengan kandungan alkohol dalam darah sebanyak 64 miligram (mg) bagi setiap 100 mililiter (ml), melebihi had ditetapkan iaitu 50mg/100ml, sehingga menyebabkan kematian Faris Irfan Fazli, 29.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen di sini pada jam 4.09 pagi, 24 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.Tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dari tarikh sabitan.Bagi pertuduhan kedua, Mohd Iman Nafiz didakwa memandu kereta sama di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan kepada Ahmad Zakiyamani Zakaria @ Yusuff, 49, di lokasi, masa dan tarikh yang sama.Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020), yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Tertuduh juga boleh hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh tidak kurang daripada 10 tahun dari tarikh sabitan.Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry menawarkan jaminan RM25,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, selain memohon supaya lesen memandu tertuduh digantung dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.Beliau berkata, syarat tambahan itu dicadangkan dengan mengambil kira pekerjaan tertuduh sebagai pramugara yang membolehkannya melakukan perjalanan ke luar negara, sekali gus menimbulkan risiko melarikan diri.Peguam Mohd Anif Rafih yang mewakili tertuduh memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM15,000 bagi setiap pertuduhan.Beliau tidak membantah permohonan penggantungan lesen memandu, namun membantah syarat penyerahan pasport kerana dokumen itu diperlukan anak guamnya untuk menjalankan tugas sebagai pramugara."Anak guam saya memerlukan pasport bagi menjalankan pekerjaan hakiki sebagai pramugara syarikat penerbangan. Selain itu, anak guam masih bujang dan menanggung keluarga, termasuk bapanya yang menghidap penyakit jantung serta memerlukan rawatan susulan di hospital."Pihak pembelaan menawarkan supaya tertuduh melaporkan diri sebulan sekali di balai polis sebagai pengganti kepada penyerahan pasport," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin
Pramugara didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian penyelia penyelenggaraan

Key takeaways
Seorang pramugara didakwa memandu dalam keadaan mabuk, menyebabkan kematian seorang penyelia dan mencederakan yang lain.
- Pramugara mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk.
- Kandungan alkohol dalam darahnya melebihi had yang ditetapkan.
- Kesalahan itu dilakukan pada 24 Oktober di Lebuhraya Sultan Iskandar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Malaysiakini (BM) , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Abang wanita dibunuh suami terkejut adik pergi dalam keadaan tragis
- Free Malaysia Today Mabuk ketika memandu, lelaki didakwa sebabkan kematian
- Sinar Harian Pramugara didakwa memandu dalam keadaan mabuk, sebabkan kematian penyelia penyelenggaraan (this story)
- Malaysiakini (BM) Pramugara didakwa memandu mabuk sebabkan kematian penyelia









