KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang ini, dengan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 156.Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), tiga kawasan lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Sibu dan Sarikei iaitu masing-masing 152 dan Kuching (130).Sementara itu, sebanyak 32 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap baik, manakala 32 kawasan lagi mencatatkan tahap sederhana.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Bernama
Empat kawasan catat IPU tidak sihat, Serian tertinggi

Key takeaways
Empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang, dengan stesen di Serian mencatat bacaan tertinggi sebanyak 156.
- Stesen pemantauan di Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 156.
- Kawasan Sibu dan Sarikei masing-masing mencatat bacaan 152, manakala Kuching merekodkan 130.
- Sebanyak 32 kawasan lain merekodkan kualiti udara baik dan 32 kawasan lagi pada tahap sederhana.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM) , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 20 kawasan catat IPU tidak sihat, Johor tertinggi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) 23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
- Sinar Harian Empat kawasan catat IPU tidak sihat, Serian tertinggi (this story)







