KUALA LUMPUR: Kejayaan menjuarai Terbuka Silicon Valley semalam menyemarakkan lagi misi pemain skuasy wanita utama negara, S Sivasangari untuk memburu gelaran bertaraf Platinum selepas ini, sekali gus melangkah ke tahap lebih tinggi dan menambah koleksi gelaran dalam kariernya.
Menurut Sivasangari, dia berharap dapat meneruskan momentum cemerlang itu dalam setiap kejohanan yang akan disertai selepas ini. Dirinya juga mempunyai semangat tinggi untuk meraih kejuaraan dan akan memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kemenangan memihak kepadanya.
Katanya, biarpun pernah beberapa kali dikecewakan di separuh akhir, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk bangkit dalam kejohanan seterusnya.









