Georgetown: Kematian seorang doktor berusia 73 tahun dalam kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai di sini, semalam, disahkan akibat trauma daya tumpul (blunt-force trauma) dan kesukaran bernafas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, perkara itu disahkan berdasarkan dapatan bedah siasat.

"Dapatan menunjukkan mangsa mengalami trauma daya tumpul dan kesukaran bernafas selepas dihempap ​​tanah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam kejadian itu, sebahagian tubuh Dr Wong Kar Lin, 73, ditemukan tertimbus, selepas tanah runtuh menyebabkan dinding rumahnya runtuh dan menghempap ​​beliau.