SHAH ALAM - Pemuda Parti Wawasan Negara (Wawasan) mempersoalkan pendirian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap Perikatan Nasional (PN) susulan surat rasmi Bersatu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Surat itu berkaitan jemputan menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi gabungan berkenaan pada 25 Oktober 2026.Exco Pergerakan Pemuda Nasional Wawasan, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, surat berkenaan menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Bersatu untuk mempertahankan PN.Menurutnya, persoalan itu timbul khususnya apabila Bersatu dilihat bersedia membiarkan pendaftaran gabungan berkenaan dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).Beliau turut mempersoalkan sebab sebenar laporan yang dibuat Bersatu sebelum ini, sama ada semata-mata berpunca daripada isu tidak dijemput menghadiri mesyuarat atau terdapat perkara lain yang mendorong tindakan berkenaan."Sebagai rakan gabungan dalam PN, Wawasan berhak mendapatkan penjelasan yang jelas dan terbuka daripada Bersatu mengenai pendirian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mohamad Shafiq berkata, sekiranya Bersatu benar-benar bersedia membiarkan PN diharamkan atau dibatalkan pendaftarannya, parti itu wajar menyatakan pendirian berkenaan secara terus terang tanpa berselindung.Beliau turut mempersoalkan sama ada pendirian Bersatu itu didorong oleh arahan atau janji daripada pihak tertentu.