KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan baik untuk melaksanakan peranan penting sebagai hab pusat data serantau sekiranya berupaya mengekalkan kelebihan daya saingnya, menurut Moody's Ratings.

Menurut agensi penarafan itu, kelebihan daya saing Malaysia menerima dorongan daripada bekalan tenaga yang tersedia dengan mudah pada harga kompetitif serta inisiatif kerajaan yang menawarkan sokongan.

Penolong Naib Presiden - Penarafan Moody's Ratings, Chelsia Ng, berkata rangka kerja dasar dan syarat kelulusan sedia ada di Malaysia, telah memberi tumpuan kepada kecekapan pusat data, dengan kelayakan mendapatkan insentif cukai melalui Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) turut dikaitkan dengan penanda aras kecekapan penggunaan tenaga dan air.