Kuala Lumpur: Malaysia bukan lagi sekadar destinasi mencari rezeki, sebaliknya dilihat sebagai 'lubuk' warga asing untuk bekerja, berniaga malah membina kehidupan sehingga kewujudan mereka semakin ketara di sesetengah kawasan.

Dari tapak pembinaan, sektor perkhidmatan, premis perniagaan hinggalah ke penempatan tidak terkawal, kemasukan warga asing yang berterusan mencetuskan persoalan sejauh mana Malaysia mampu mengawal lambakan migran dan membendung penyalahgunaan ruang serta peluang yang tersedia di negara ini.

Lebih membimbangkan, kewujudan komuniti warga asing yang semakin berkembang turut dikaitkan dengan aktiviti ekonomi tidak formal, pelanggaran syarat imigresen dan pembentukan penempatan yang sukar dikesan pihak berkuasa.