STAVANGER, Norway: Bayern Munich terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 menentang Viking dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi, selepas juara Norway itu menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan menerusi Herman Haugen, susulan kad merah yang dilayangkan kepada Michael Olise.

Bayern ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama selepas Gianni Stensness dan Peter Christiansen masing-masing meledak jaringan buat Viking.

Harry Kane kemudian membantu Bayern bangkit apabila menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi jaringan untuk meletakkan pasukannya di depan 3-2. Namun, Olise dilayangkan kad kuning kedua dalam tempoh seminit kerana membaling bola ke muka pemain lawan selepas membantah keputusan pengadil.