Muar: Guru tuisyen dan jurulatih kecergasan masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.
Kedua-dua tertuduh, Wong Jhun Kiat, 32, dan Mahadir Ahmad, 48, mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan terhadap setiap seorang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.
Bagi pertuduhan terhadap Wong, beliau didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat tuisyen di Batu Pahat.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.






