Ayer Keroh: Strategi Pakatan Harapan (PH) bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memberikan ruang kepada gabungan itu untuk bersaing dengan kompetitif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.

Timbalan Pengerusi PH Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, keputusan itu dibuat Majlis Presiden PH itu perlu diterima kerana ia diputuskan kepimpinan gabungan parti berkenaan.

Katanya, jumlah kerusi yang ditandingi PH juga tidak berbeza daripada Barisan Nasional (BN) yang turut meletakkan calon di 21 kerusi pada PRN kali ini.

"Ini keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, jadi kita kena terima dan yakin strategi ini boleh membawa kemenangan, seperti yang disebutkan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebelum ini.