KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar belum memikirkan soal menjadi calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), sebaliknya menegaskan keutamaan gabungan itu ketika ini adalah memenangi pilihan raya terlebih dahulu.Menteri Besar Terengganu itu berkata, keputusan mengenai individu yang bakal menerajui kerajaan Persekutuan sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan akan dibincangkan kepimpinan apabila tiba masanya.Malah menurutnya, setiap pemimpin perlu bersedia menerima sebarang cabaran dan tanggungjawab sekiranya diberi peluang."Saya rasa daripada banyak soalan yang akan ditanya hari ini, itu soalan paling sukar untuk saya jawab."Namun, apabila diberikan peluang atau tanggungjawab, kita perlu menerima sebarang cabaran dan bersikap terbuka."Jika tiba masanya untuk anda, maka tanggungjawab itu milik anda," katanya pada sidang media selepas Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 2026, pada Isnin.Isu calon Perdana Menteri daripada PN menjadi perhatian menjelang PRU16 susulan gesaan supaya Pas, selaku tonggak utama gabungan itu, menamakan calon lebih awal.Selain Ahmad Samsuri, Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin turut disebut sebagai antara individu yang berpotensi menjadi calon Perdana Menteri daripada PN.Dalam pada itu mengulas peluang PN pada PRU16, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas menjelaskan, tiada pihak boleh memastikan kemenangan dalam pilihan raya, sama ada parti yang membentuk kerajaan Persekutuan ketika ini mahupun PN.Bagaimanapun beliau menegaskan, gabungan itu mempunyai sumber serta pasukan penyelidik yang meneliti angka di lapangan serta bertemu masyarakat bagi mendapatkan gambaran mengenai sokongan rakyat."Dalam mana-mana peperangan, bukan sekadar memenangi pertempuran, tetapi kita mahu memenangi pertempuran dan peperangan itu."Apa yang berlaku pada PRU15, kita memenangi pertempuran tetapi kalah dalam peperangan."Jadi, kita akan berusaha mengubah keadaan itu," ujarnya.
Dr Sam belum fikir soal calon PM, fokus PN menang PRU16

Key takeaways
Pengerusi PN, Dr Ahmad Samsuri belum fikirkan jadi calon PM, fokus menang PRU16 terlebih dahulu.
- Dr Ahmad Samsuri tidak memikirkan soal jadi PM PRU16, fokus menang pilihan raya.
- Keputusan calon PM PN akan dibincangkan apabila tiba masanya.
- Hamzah Zainudin juga disebut sebagai calon potensi PM dari PN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Ada pemimpin layak tapi belum tiba masa PAS umum calon PM, kata Syahir
- Free Malaysia Today PH belum bincang calon ‘poster boy’ PRN Melaka, kata Fahmi
- Free Malaysia Today Dr Sam belum fikir soal jadi calon PM
- Sinar Harian Dr Sam belum fikir soal calon PM, fokus PN menang PRU16 (this story)








