MACHANG – Seorang penuntut kolej vokasional di Selangor didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menggunakan dadah jenis ganja dan memiliki rokok elektronik serta cecair dadah jenis kanabisMajistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap pemuda berusia 21 tahun itu bagi kesalahan menggunakan dadah, manakala RM3,500 bagi kesalahan memiliki cecair mengandungi dadah jenis kanabis.Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki satu vape dan sebotol plastik cerah berpenutup hitam yang mengandungi cecair kuning dadah jenis kanabis dengan jumlah keseluruhan tujuh mililiter.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kuala Krai, Kampung Pangkal Chenok di sini jam 12.30 tengah malam pada 24 Julai lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda.Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan dadah berbahaya jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, pada jam 1.30 pagi tarikh sama. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan selama dua tahun.Ketika rayuan, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Husniza Akmal Husain yang mewakili tertuduh memaklumkan penuntut kolej masih di bawah tanggungan bapanya yang bekerja sebagai penguat kuasa di Ampang, Selangor. "Tertuduh memohon hukuman minimum dengan alasan pengakuan bersalah tertuduh menjimatkan masa dan kos mahkamah selain insaf serta berjanji tidak mengulangi kesalahan ini," katanya. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Hazim Aqifullah Mohd Amran bagaimanapun memohon hukuman setimpal bagi mengekang masalah dadah daripada terus berleluasa khususnya di Kelantan. "Saya mohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum," katanya. Tertuduh kemudian menjelaskan denda terbabit.
Penuntut kolej positif dadah, miliki vape berisi cecair kanabis didenda RM5,500

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 21 tahun didenda RM5,500 kerana menggunakan dadah dan memiliki cecair kanabis dalam vape.
- Tertuduh didakwa memiliki vape dengan cecair kanabis sebanyak 7ml.
- Hukuman denda RM3,500 untuk memiliki dadah dan RM2,000 untuk penggunaan dadah.
- Kesalahan dilakukan pada 24 Julai di Jalan Kuala Krai, Kampung Pangkal Chenok.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Penuntut kolej positif dadah, miliki vape berisi cecair kanabis didenda RM5,500 (this story)








