BELGRADE: Gerakan pimpinan pelajar Serbia mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya Parlimen pada Ahad, sekali gus menamatkan pemerintahan 14 tahun parti populis berhaluan kanan pimpinan Aleksandar Vucic.
Kemenangan dalam pilihan raya mengejut itu berlaku selepas hampir dua tahun protes antikerajaan tercetus susulan tragedi runtuhan bumbung anjung di stesen kereta api Novi Sad pada 2024, yang mengorbankan 16 orang.
Tragedi itu secara meluas dikaitkan dengan amalan rasuah dan mencetuskan siri demonstrasi terbesar di Serbia sejak kejatuhan bekas pemimpin autoritarian, Slobodan Milosevic pada 2000.
"Keputusan awal menunjukkan calon-calon 'Students List' mendahului dengan ketara di hampir semua pusat pengundian.








