Fahmi Fadzil mengakui Adly Zahari dari Amanah mempunyai pengalaman untuk dipertimbangkan sebagai poster boy PH di Melaka.KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) belum membincangkan pemilihan ‘poster boy’ bagi PRN Melaka pada 14 Nov ini, termasuk cadangan menamakan Adly Zahari.
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil bagaimanapun mengakui pengalaman pentadbiran bekas ketua menteri Melaka itu.
“Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membincangkan perkara itu dan kita serahkan kepada pimpinan.
"Namun, Adly memang mempunyai pengalaman,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis pertukaran dokumen pembiayaan berjumlah RM5.2 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB).





