Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau dan sesiapa sahaja perlu bersedia memegang amanah jika dipilih calon perdana menteri.KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau belum memikirkan soal menjadi calon perdana menteri pada PRU16, sambil menegaskan perkara itu akan ditentukan kepimpinan gabungan apabila tiba masanya.
Menteri besar Terengganu itu berkata keutamaan PN ketika ini adalah memenangi pilihan raya terlebih dahulu sebelum menentukan individu yang akan diberi tanggungjawab menerajui kerajaan Persekutuan.
“Kami belum membuat keputusan mengenai perkara itu. Kita akan membincangkannya apabila tiba masanya,” katanya pada sidang media sempena SG4 Business & Economic Forum 2026.








