Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu berkata penyedia platform digital perlu bertanggungjawab menurunkan senarai premis tidak berlesen atau melanggar syarat PBT dan undang-undang. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat menetapkan hanya premis berdaftar dan melengkapi syarat pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenarkan beroperasi secara sah bagi aktiviti penginapan jangka pendek (STRA) di seluruh negara.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu, berkata kementerian itu melalui PLANMalaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), kerajaan negeri serta PBT sedang merangka garis panduan perancangan STRA sebagai punca kuasa seragam.







