Kementerian Perhutanan Indonesia berkata hujan di beberapa kawasan di Sumatera Selatan, Kalimantan Tengah dan Selatan pada Ahad membantu meredakan kebakaran serta melancarkan operasi pemadaman. (Gambar EPA Images)JAKARTA: Jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah di Indonesia mencatatkan penurunan mendadak kepada 147 pada Ahad, berkurangan lebih separuh berikutan hujan yang membantu meredakan keadaan serta memudahkan operasi pemadaman kebakaran.
Kementerian Perhutanan Indonesia pada Isnin memaklumkan data pemantauan satelit setakat 9 malam Ahad (waktu tempatan) menunjukkan jumlah titik panas di enam wilayah merosot daripada 226 kepada hanya 26, menandakan keadaan semakin pulih.
"Penurunan ini meneruskan trend positif yang diperhatikan sejak beberapa hari lalu.







