Loke Siew Fook berkata DAP akan menumpukan tenaga dan sumber kepada tujuh kerusi, termasuk empat kerusi yang kini disandangnya.PETALING JAYA: DAP tidak akan bertanding di kerusi Bemban pada PRN Melaka akan datang selepas menilai peluang parti itu untuk menang di situ sebagai tipis, kata Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook.

Loke berkata Bemban menjadi satu-satunya kerusi ditandingi DAP pada PRN 2021 yang menyaksikan parti itu menduduki tempat ketiga, manakala di kerusi lain yang gagal dimenangi, DAP berada di tempat kedua, lapor Utusan Malaysia.

Beliau berkata DAP kini memberi keutamaan untuk mempertahankan empat kerusi penyandang daripada tujuh kerusi yang akan ditandinginya, berbanding membahagikan tenaga dan sumber parti terlalu luas.