MELAKA - Keputusan DAP tidak meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat berdasarkan pertimbangan strategik parti itu yang melihat kerusi berkenaan sukar dimenangi.Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rekod prestasi parti pada pilihan raya lalu yang menyaksikan DAP hanya menduduki tempat ketiga di kerusi berkenaan.Menurutnya, Bemban merupakan satu-satunya kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya lalu yang menyaksikan parti itu berada di kedudukan ketiga, berbanding kerusi lain yang gagal dimenangi tetapi memperoleh tempat kedua."Pertamanya, ini adalah keputusan strategik parti. Kita menilai mana-mana kerusi yang ditandingi berdasarkan kebolehan untuk menang."Kita telah menilai kerusi Bemban itu memang sukar untuk dimenangi pada pilihan raya kali ini."Jadi, kita mengambil kira kebolehmenangan dan mahu memastikan kekuatan, sumber serta fokus kita diberikan kepada kerusi-kerusi yang boleh dimenangi," ketika mengulas bantahan keras pemimpin DAP di DUN berkenaan susulan keputusan parti itu tidak meletakkan calon di Bemban, yang didakwa memberi laluan kepada Bersatu.Beliau ditemui pada Majlis Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah di Auditorium Kompleks CMI, Jalan Lingkaran MITC, di sini pada Isnin.Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, keputusan untuk bertanding di tujuh kerusi sahaja pada PRN kali ini, termasuk empat kerusi penyandang, dibuat bagi memastikan seluruh kekuatan parti dapat ditumpukan kepada kawasan yang mempunyai peluang lebih cerah untuk dimenangi.Katanya, ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli susulan keputusan pemilihan kerusi merupakan perkara biasa dalam sesebuah parti politik."Apabila keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti, sudah tentu ada alasan dan pertimbangannya."Saya berharap semua pihak dan ahli dapat menerima keputusan yang telah dibuat serta memberikan sokongan penuh kepada calon-calon parti," katanya.
[VIDEO] PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon
Key takeaways
DAP tidak meletakkan calon di kerusi DUN Bemban pada PRN Melaka kerana dinilai sukar dimenangi berdasarkan prestasi sebelumnya. Anthony Loke menegaskan keputusan strategik ini bertujuan memfokuskan sumber parti kepada kerusi yang lebih berpotensi menang.
- DAP menduduki tempat ketiga di kerusi Bemban pada pilihan raya lalu.
- Anthony Loke menyatakan keputusan dibuat berdasarkan penilaian kebolehan menang.
- Sumber parti difokuskan kepada kerusi lain yang lebih berpotensi dimenangi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 26, 2026 at 7:27 AM UTC
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [VIDEO] PRN Melaka: Bemban sukar dimenangi punca DAP tak letak calon (this story)
- Utusan Malaysia DAP tidak tanding Bemban sebab sukar menang








