KUALA LUMPUR: SKA Capital Bhd menjangkakan permintaan terhadap infrastruktur penghantaran elektrik, termasuk pencawang yang diperlukan bagi menampung pertambahan penggunaan tenaga akan menyokong pertumbuhan hasil syarikat itu yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia bulan depan.
Penyedia penyelesaian kejuruteraan infrastruktur kuasa itu menjangkakan pertumbuhan hasil sekitar 20 peratus setahun bagi dua tahun kewangan akan datang, berdasarkan buku pesanan semasa dan tender yang sedang disertainya.
Pengarah Urusan SKA Capital, Datuk Subas Kumar Ambairam, berkata anggaran dalaman itu mengambil kira hasil syarikat dan kedudukan buku pesanan semasa syarikat serta peluang daripada tender yang masih dalam proses.








